Senin, 29 Oktober 2012

13 Cara Menjaga Kemesraan Saat Berjauhan

LDR alias Long Distance Love memang selalu penuh tantangan. Tapi, Anda tetap bisa kok menjaga rasa cinta dan kemesraan yang terbentang jarak ribuan kilometer.

1. Belajar mempercayai pasangan. Jika setiap saat Anda selalu mengingatkan si dia agar tak selingkuh, ini justru akan membuatnya tertarik untuk berselingkuh.

2. Buat rencana masa depan, kapan Anda dan si dia akan bersama. Ini akan membuat hati Anda merasa tenang dan optimis untuk mempertahankan hubungan.

3. Foto adalah penawar rindu terbaik. Buatlah foto terbaru Anda atau berkreasilah dengan foto berdua, kemudia kirim kepadanya sebagai obat kangen.

4. Menulislah di blog agar si dia dapat membacanya. Layaknya sebuah jurnal, Anda bisa menuliskan berbagai hal di blog, mulai dari perasaan, apa yang Anda pikirkan, hingga berbagai aktivitas.

5. Kirimkan sebuah T-shirt untuk si dia yang telah disemprotkan wangi parfum Anda. Percaya deh si dia akan sesering mungkin mengenakan T-shirt dari Anda dan wangi parfum akan mengingatkannya pada Anda.

6. Sepakati waktu untuk melakukan sesuatu bersama. Misalnya, makan malam atau berdoa bersama. Mengetahui Anda dan si dia melakukan suatu hal bersama-sama akan semakin menguatkan hubungan cinta.

7. Ngobrol via webcam. Berkomunikasi dengan menatap langsung si dia tentu jauh lebih baik ketimbang hanya mendengar suaranya di telepon atau membaca suratnya melalui e-mail.

8. Tuliskan pesan bersemangat di wall Facebooknya, misalnya "I love you and miss you. Hope you have a great day." Meskipun simpel, ini akan berarti baginya, apalagi jika ia sedang mengalami hari yang sulit.

9. Rencanakan kunjungan. Konsep kunjungan kejutan memang menyenangkan, tapi pada kenyataannya tak semudah itu. Bisa jadi saat Anda tiba di tempatnya, si dia justru sedang sibuk bekerja dan tak bisa menemani Anda.

10. Tentukan sebuah kota atau negara yang tak begitu jauh dari tempat Anda atau pun tempatnya. Selain bisa menghemat pengeluaran, ini bisa menjadi liburan singkat yang menyenangkan bagi Anda berdua.

11. Buat scrap book dan kirmkan padanya. Melihat foto dan cerita cinta Anda berdua dalam rangkaian scrap book akan membuat si dia teringat masa-masa indahnya dengan Anda.

12. Berdamai dengan kesendirian. Habiskan waktu untuk berkumpul bersama teman-teman atau buat kesibukan dengan hobi. Hidup terpisah dengan pasangan memang sulit, namun juga bisa memberi ruang untuk mengembangkan diri secara pribadi dan tetap dalam sebuah hubungan.

13. Serahkan semuanya kepada yg di Atas, jodoh, rezeki dan maut sudah diatur oleh-Nya, tapi jangan berpasrah diri. Segala usaha harus diiringi do'a agar harapan dan cita2 anda terkabul. (Tambahan dari ane )

Sumber : http://chicmagz.com/read/1577/13-car...saat-berjauhan

Kisah Sedih Seorang Ibu

Cerita pendek tentang kehidupan nyata seseorang ibu, dimana seorang ibu yang telah melahirkan kita semua. Mungkin dibalik cerita ini kita bisa ambil hikmahnya dalam kehidupan



Kisah Sedih Seorang Ibu




Kisah perjalanan hidup seorang ibu memang berat juga, jadi kita sebagai anak harus bisa menghargai dan menghormati jangan sampai sebaliknya. Oke deh sob sekarang kita langsung baca artikel tentang Kisah Sedih Seorang Ibu dibawah ini, sobat bisa mulai baca :


INI ADALAH REALITI HIDUP....
Ada kaum wanita menempuh kepayahan hidup di awal remaja mereka dan berubah kepada lebih baik setelah dia bekerja dan berumah tangga.


Ada pula yang susah ketika awal perkahwinan dan bahagia akhirnya setelah anak semakin besar
Ada juga yang susah di penghujung hayat mereka. Inilah yang menyedihkan.
"Nasib saya tidak seperti ibu ibu di atas tadi, boleh saya katakan hidup saya susah, tertekan jiwa, hati dan perasaan sejak dari saya berada di zaman remaja hinggalah setelah saya bercucu sekarang."


"Saya rasa mungkin saya salah seorang ibu malang di dunia ini, namun saya taklah kesal sudah nasib saya. Ini kehendak Allah saya redha, tetapi saya kesal sikap anak menantu yang membuatkan hati saya hancur seperti kaca terhempas ke batu,''


Demikian cerita Puan Hamizah dalam surat pendek yang dihantarkannya dan ketika kami berbual petang Isnin lalu. Sebenarnya sudah beberapa kali kami berbual, tetapi perbualan kami terputus-putus, kerana gangguan cucu menangis dan beliau takut bercakap terlalu lama di telefon bimbang anak menantunya tidak dapat menghubunginya di rumah kerana telefon sedang digunakan. Jadi kami berbual kira-kira 6 minit setiap panggilan. Hinggalah saya faham perasaan hati beliau yang terluka selama ini.


"Dah lama sangat saya nak luahkan isi hati saya ini, tetapi tak ada orang yang boleh saya percayai, lagi pun kehidupan saya yang terkurung tidak mengizinkan saya berjumpa dengan ramai orang. Nak cakap dengan jiran takut anak terasa malu. Jadi saya simpan semuanya dalam hati."


"Tetapi apa pun kesimpulan masalah saya ini semuanya berpunca kerana kemiskinan dan kesusahan hidup saya. Kalau hidup kita miskin, anak menantu pun tak suka, malah menganggap kita menyusahkan hidup mereka sahaja. Itulah nasib saya."


"Saya ibu tunggal, diceraikan kerana suami saya nak kahwin lagi, bakal isteri barunya tak mahu bermadu, jadi tinggallah saya bersama anak-anak seramai empat orang ketika itu masih dalam sekolah rendah dan dua sekolah menengah. Kerana anak pertama dan kedua perempuan agak pandai sikit dapatlah dia belajar ke sekolah menengah sains berasrama. Walaupun duduk asrama saya terpaksa hantar duit sebab belanja mereka agak tinggi, macam-macam benda nak dibeli"




"Saya bekerja keras untuk mencukupkan belanja mereka di samping dua orang lagi yang masih bersekolah rendah. Ayah mereka setelah menceraikan saya nafkah anak-anak langsung tak bagi. Nak jengok anak pun takut isteri baru marah. Puas saya pergi pejabat dan turun naik mahkamah syariah tapi gagal dapatkan nafkah. Buat habis duit tambang aja, terpaksa cuti akhirnya saya buat keputusan biarlah dia berseronok dengan kehidupan barunya dan jawablah di akhirat nanti".


"Ketika bercerai saya tak ada rumah, menyewa rumah kecil di kawasan dekat KL memang mudah saya pergi kerja, tapi sewa rumahnya tinggi. Selain bekerja saya jual kain potong yang orang hantar minta saya jualkan, paling tidak dapat juga anak-anak berganti pakaian yang mereka berikan. Biarpun pakaian terpakai tetapi masih baru, senanglah kami berpakaian. Kalau besar saya kecilkan."


``Dengan izin Allah anak yang tua sambung belajar buat diploma dua tahun kemudian yang kedua pulak ikut sama. Harapan saya bila mereka bekerja nanti senanglah sikit hidup saya.


Sayangnya saya cuma berharap, Allah yang menentukan".


"Tak sampai enam bulan bekerja dia nak kahwin. Tersentak juga rasa hati, cepat sangat anak saya laku. Walaupun saya minta dia tangguhkan dulu, sebab tak berduit buat kenduri, tetapi yang lelaki mendesak. Anak saya Izah terpaksa ikut. ``Kenduri kami ala kadar saja. Kata Izah bakal suaminya tak suka buat majlis panggil ramai orang, membazir aja. Saya ikutkan memang pun saya tak berduit lagipun hantarannya tak tinggi cukup buat kenduri saja. Selesai majlis cuma dua malam menantu saya tidur di rumah, mereka terus pindah rumah lain".


"Dua hari lepas mereka pindah, ketika saya sibuk mengira hutang belum selesai Izah datang ke rumah bersama suaminya, bertanyakan mana set bilik pengantin sebab dia nak bawa ke rumah mereka. Izah tahu saya cuma beli katil dan tilam, almari pakaian dan almari solek pakai yang lama lagi pun rumah sewa kami kecil sangat mana nak muat. Tetapi sebenarnya saya tak mampu nak beli semua benda itu. Kerana tak ada set tersebut menantu saya minta beli yang baru. Hutang lagi. Izah tak berani bantah walaupun dia tahu saya tak berduit. Hutang lama tak selesai hutang baru bertambah. Namun dalam hati kecil saya mengharapkan kalau Izah bagi saya RM100 setiap bulan seperti sebelum dia kahwin, mungkin hutang itu boleh saya selesaikan. Tetapi sejak Izah kahwin dia tak beri saya duit langsung".


"Waktu itu memang saya susah, mana nak bayar hutang, tiga orang anak lagi tengah belajar, seorang peringkat akhir pengajiannya, sementara seorang lagi nak ambil SPM, tetapi pada siapa saya nak mengadu, saudara mara bukan orang kaya, mereka pun duduk kampung harapkan anak-anak. Namun mereka masih bernasib baik daripada saya kerana ada anak-anak yang menolong. Berbanding saya...".


"Kerana terdesak saya minta Izah bantu bayarkan duit pereksa adiknya, tetapi kata Izah dia tak ada duit, semua duit gajinya suaminya pegang. Kata Izah suaminya kata lepas kahwin dia mesti ikut perentah suami bukan emak lagi, syurga bawah tapak kaki suami. Lagi pun dia nak simpan duit beli kereta baru dan rumah. Hendak tak nak saya terpaksa tebalkan muka pinjam pada kawan sekerja RM100 janji bayar dua bulan. Ketika Imah habis belajar saya menyimpan hajat mungkin bila dia kerja nanti dia boleh membantu saya. Imah pulak lambat dapat kerja, dia terpaksa kerja sementara di kilang, memang dia ada bantu saya cuma beberapa bulan sebelum dapat kerja yang memaksanya pindah duduk nun di Selatan".


"Hati saya suka dalam duka. Gembira anak dapat kerja tapi sedih dia terpaksa tinggalkan saya. Di tempat baru dia terpaksa sewa rumah, jadi untuk tiga bulan pertama memang dia tak kirimkan saya duit sedikit pun. Sebaliknya saya terpaksa meminjam bagi dia bekalan sedikit duit semasa pindah dulu. Sekali lagi kawan jadi mangsa. Tapi saya bayar balik semuanya walaupun berdikit-dikit".


"Anak kedua pun cepat jodoh, tak sampai setahun bekerja dia kahwin orang sana. Saya buat kenduri kecil, nak panggil ramai orang kita perlu belanja besar. Asalkan mereka selamat kahwin sudah cukup. Ayah mereka datang untuk izinkan nikah saja. Tak ada satu sen pun dia keluarkan duit belanja".


"Kalau orang lain gembira anak perempuan mereka cepat kahwin tapi orang susah macam saya cuma tangis mengiringi mereka. Sedih dan takut apakah Imah juga ikut jejak kakaknya serahkan semua duit gajinya kepada suami. Kalau saya orang senang memang saya tak harap duit mereka, tetapi susah merekalah harapan saya".


"Dua orang anak lelaki saya Ismail dan Ishak faham masalah saya. Ismail tolak tawaran buat diploma walaupun dia layak, dia bekerja di kilang, katanya nak tolong saya dan adiknya habiskan belajar sampai tingkatan lima".


"Saya menangis mengenangkan pengorbanannya, namun saya terus memujuk supaya dia terus belajar, biarlah saya susah bekerja dan berhutang, asalkan masa depannya terjamin, tetapi dia menolak, dia terus kerja kilang. Katanya dia akan sambung belajar kalau ada rezeki. Tapi sampai kini dia masih kerja kilang dengan pendapatan cukup makan saja. Anak keempat saya pun berakhir dengan kerja kilang".


"Saya cukup sedih, tetapi apakan daya saya tidak ada kemampuan untuk mendesak mereka terus belajar kerana saya pun tak berduit. Ayah mereka tak ambil peduli selepas dia dapat empat orang lagi anak dengan isteri baru dan masil kecil- kecil. Peristiwa itu berlaku kira-kira 10 tahun lalu, kini badan saya semakin tua, sudah tak berdaya nak bekerja lagi. Untuk menampung hidup saya jaga anak orang yang dihantar ke rumah saya. Tetapi bila Izah tak ada pembantu dia suruh saya duduk dengan dia jaga anak-anaknya. Sekarang dah lebih 6 tahun".


"Saya rasa saya adalah pembantu rumahnya, tapi tak bergaji, dapat makan dapat tempat tidur. Tapi masalahnya saya dah berusia dekat 50 tahun, badan saya sudah tak kuat lagi. Kerana hidup susah sejak muda, saya memang kelihatan tua. Saya fikirkan bila dia ambil saya tinggal di rumahnya dapatlah saya ke surau dan buat amal ibadah dengan lebih selesa, malangnya sembahyang terawih pun jarang-jarang dapat pergi, di rumah aja menguruskan anak cucu".


"Bila sendirian saya selalu menangis mengenangkan nasib. Dari kecil anak saya besarkan, berhutang keliling pinggang untuk menyekolahkan mereka, tapi bila dah senang suami dia kutip hasil. Kalaulah anak saya menjaga saya, agaknya tak sampai umur saya 65 pasti saya dah mati. Cuma 15 tahun sahaja dia menjaga saya. Tetapi kalau dia ada umur dia akan hidup bersama suaminya lebih 42 tahun iaitu sejak 23 tahun umur dia mula bekerja hinggalah 65 tahun. Jadi apalah salahnya dia bantu hidup saya yang susah ini dan tolong anak-anaknya melanjutkan pelajaran. Memang tugas ibu membesarkan anak-anak dan menyekolahkan mereka, dan tak boleh minta pembalasan, itu benar, tetapi saya bukan orang senang saya susah".


"Apa yang menyedihkan saya ialah hidup dua orang anak lelaki saya sampai bila dia mesti bekerja jadi pekerja kilang. Bukan saya hina pekerja kilang, tetapi mereka pandai, mereka dapat tawaran sambung belajar ke IPTA. Apa salahnya kakak-kakak mereka menghulurkan bantuan kerana dia tahu saya susah dan ayahnya tak membantu dan tak pernah beri nafkah. Salahkah saya meminta bantuan. Mengapa menantu saya terlalu berkira tentang duit dan membuat saya macam hamba abdi, kalau saya jadi pembantu rumah kepada orang lain tentu saya dapat imbuhan, tetapi duduk di rumah anak sendiri saya benar-benar terhina. Saya perlukan masa sendiri untuk membuat amal ibadah yang banyak saya tinggalkan semasa bekerja dahulu. Tetapi semuanya tersekat kerana menguruskan 4 orang cucu pergi sekolah rendah, sekolah agama, tadika dan sebagainya".


"Sudahlah hidup saya susah semasa membesarkan anak-anak dahulu, dah tua begini pun saya terpaksa jaga cucu. Saya rasa terhina kerana duduki menumpang di rumah mereka. Kerana saya tidak punya apa-apa, miskin dan tak berharta saya dibuat macam hamba. Nak berbual dengan anak pun terhad, menantu sentiasa mengawasi, apa lagi kalau nak berbual dengan jiran tetangga".


"Saya merasa amat sedih terutama bila besan atau saudara mara menantu saya datang ke rumah, saya tunggang langgang di dapur memasak, mereka cuma berbual dan menunggu hidangan terhidang di meja saya betul-betul terhina".


"Lagi sedih bila menantu bising pasal bil elektrik dan air meningkat. Sabun pencuci cepat habis pun merunsingkan fikirannya. Menantu saya terlalu berkira pasal duit, duit, duit itu. Entah bila penderitaan saya akan berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya saya tidak terlantar sakit terlalu lama sebelum mati. Kerana saya tak tahu siapa nak jaga saya nanti.''


Demikian cerita Hamizah dengan nada suara tersekat-sekat. Saya hanya tumpang sedih apakah zaman ini masih ada anak-anak seperti ini, Benarlah kata Pn Hamizah, kalau diri tak berduit bukan sahaja dihina orang, anak-anak sendiri pun benci dan tak hormatkan kita lagi. Agaknya mereka terlalu hormatkan suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Ibu tak berguna lagi. Tapi kata seorang teman suami boleh berganti kalau jodoh dah tiada, tapi ibu itulah satu-satunya di dunia dan di akhirat.


Entahlah! Tapi sayangilah ibu semasa dia masih ada lagi. Kerana doa ibu membawa berkat.

Thumbs up 13 Kegunaan Lain Laptop yang Unik dan Gila (SERBA 13)

Mungkin Laptop biasa digunakan hanya Untuk
-Browsing
-Ngerjain Tugas
-Facebookan
-Main Game
-Dsb.
Mungkinkah anda menyadari Kegunaan-Kegunaan Laptop tersembunyi tersebut setelah melihat 13 Kegunaan Lain Laptop yang Unik dan Gila di bawah ini , Check it out:













Sumber : http://www.kaskus.co.id/thread/508d4fc9db92485d0d000014
 

[ngikutin Jaman] Lagu Indonesia raya ingin direvisi

Quote:


Syair dan lirik Indonesia Raya dinilai sudah tidak tepat dengan kondisi saat ini.

Sejumlah tokoh mendesak agar Lagu kebangsaan Indonesia Raya direvisi karena syair dan liriknya dinilai kurang tepat dengan kondisi sekarang.

“Lirik lagu Indonesia Raya perlu direvisi, khusus bagian ‘di sanalah aku berdiri jadi pandu ibuku'. Kalimat itu multitafsir dan menjadikan lagu Indonesia Raya kurang bermakna. Sebab konotasinya memandu itu seperti memandu orang yang sudah meninggal, walaupun dimaksudkan untuk Ibu Pertiwi," kata Ketua Lembaga Musik Indonesia, Didied Maheswara, di Jakarta, hari ini.


Menurut Didied, usul revisi ini sebelumnya juga pernah disampaikan kepada Preiden Soeharto dan Habibie. Namun, tidak ada respons dari pemerintah saat itu.

Didied menilai lirik atau syair lagu memiliki kekuatan dan efek pengaruh bagi yang mendengarkan. “Lirik lagu Indonesia Raya sangat hebat. Lirik ‘di sanalah aku berdiri', mesti disesuaikan liriknya jadi ‘dengan tegak aku berdiri menjadi pandu bangsaku',” ujarnya.

Sementara itu, Pengamat Hukum Tata Negara Margarito Kamis berpendapat, merevisi lagu kebangsaan bukan perkara yang sulit.

Dikatakan Margarito, revisi tersebut sangat mungkin dilakukan dan tidak perlu secara legalistik dengan menyampaikannya ke MPR.

“Revisi itu akan menjadi konvensi kalau ada kesepakatan antara Ketua DPR, Ketua DPD, Ketua MPR dan Presiden, itu saja sudah cukup,” kata Margarito.

Aktivis Gerakan Indonesia Bersih (GIB) sekaligus penyair, Adhie Massardi, mengatakan lagu Indonesia Raya diciptakan dalam situasi darurat. Karena itu liriknya pun disesuaikan dengan situasi darurat.

“Konstitusi saja bisa diubah, yang penting semangatnya perubahan untuk Indonesia baru, dan ini harus menjadi gerakan kesadaran bernegara dan berkonstitusi,” imbuh dia.

Peraturan tentang lagu kebangsaan Indonesia Raya terdapat dalam Peraturan Pemerintah Nomor 44 Tahun 1958 yang ditandatangani oleh Presiden Soekarno. Tahun 2009 terbit UU Nomor 24 Tentang Bendera, Bahasa, Lambang Negara, dan Lagu Kebangsaan Indonesia Raya.

Sumber : http://www.beritasatu.com/nasional/79244-muncul-wacana-revisi-lagu-indonesia-raya.html

Jumat, 05 Oktober 2012

Dari gerobak cendol, sampai punya resto

Dari gerobak cendol, Rochman yang tak lulus SD kini miliki resto



Siapa yang tidak mengenal Cendol Elizabeth. Bagi kebanyakan orang, tak lengkap rasanya jika ke Bandung tanpa meneguk minuman segar tersebut. Cendol Elizabeth begitu fenomenal. Akan tetapi tak banyak yang tahu suksesnya cendol elizabeth berasal dari buah persahabatan.

Rochman pedagang cendol keliling, sedangkan Elizabeth atau biasa disebut Ibu Eli adalah pemilik toko tas di sekitar Tegalega Bandung.

Ceritanya, Rochman kecil putus sekolah di Pekalongan. Rochman hanya bisa menuntaskan sekolahnya hingga kelas 2 SD. Alasan biaya, Rochman bertolak ke Bandung untuk membantu pamannya jualan cendol.

"Jadi tahun 1972 saya mulai jualan cendol, itung-itung bantu paman agar bisa hidup," kata Rochman yang akrab disapa Pak Haji ini, kepada merdeka.com berkisah.

Dengan Rute Tegalega-ITB, dia menjajakan dagangannya selama tujuh tahun. Pada akhirnya tahun 1979, Rochman diberi kesempatan untuk berdagang sendiri. Rochman pun berjodoh dengan toko tas Elizabeth yang kini masih bertahan. Dalam artian cendolnya diminati disekitar ruko Elizabeth itu.

"Jadi pada saat saya menetapkan jualan sendiri, saya seperti jodoh dengan pemilik toko tas. Saya mangkal di depan toko Elizabeth," katanya.

Karena baiknya Eli, dirinya pun tak sungkan untuk membantu toko milik Eli. Hal itu pun dilakukan Rochman tanpa pamrih. Sambil melayani pembeli, Rochman bantu-bantu toko.

"Kalau sore dagangan saya habis, saya bantu-bantu toko," ungkapnya.

Suatu ketika, Pembeli Tas Elizabeth ada yang meminta beli tas, gratis cendol. Mulanya Rochman keberatan, lantaran dia harus memikirkan uang setor ke pamannya. Namun di sinilah tercipta kerja sama keduanya.

"Jadi setiap pembeli tas bonus cendol, tapi tetap Ibu Eli semua membayarkan uang cendolnya itu untuk saya. Kalau saya ga masalah," jelasnya.

Simbiosis saling menguntungkan ini terjalin lama, hingga akhirnya Eli memberikan kartu nama Rochman dengan sebutan 'Cendol Elizabeth'.

Pada awal 1990an Tas Elisabeth berkembang pesat, pelanggan Rochman pun makin banyak. Hingga akhirnya nama Cendol Elizabeth begitu merebak dan dikenal orang banyak hingga dewasa ini.

Gerobak kecil itu kini menjelma menjadi sebuah restoran. Sedangkan di tengah terjangan maraknya tas impor, Elizabeth kini masih bertahan.

Dari yang semula, hanya sekitar 10 gelas perhari, kini 4.000 gelas ludes dalam seharinya. Sedangkan pesanan yang dibungkus, dalam sehari bisa terjual hingga 400-500 bungkus.

Nama Elizabeth cuma bukan dikenal di Indonesia. Bahkan Malaysia yang menyukai minuman jenis ini, sempat ada yang membuka juga. "Ada yang buka, tapi bukan manajemen kami, ga tahu itu siapa," ungkapnya.

Atas raihan yang didapat, Rochman tak terlalu memikirkan akan hal itu. Baginya cendol yang tegah dirintis dan bisa menghidupi keluarga sederhananya adalah yang utama.

"Alhamdulilah anak saya sudah sarjana, tinggal satu masih SMA, yang penting mereka sukses jangan kaya saya dulu," ungkapnya.